Monday, November 27, 2017

TIPS WORK AT HOME MOM BERJAYA DALAM BISNES DALAM MASA SAMA ANAK TIDAK TERABAI

Perkongsian Master Nana:

Waktu atas cruise haritu, ramai jugak SID yang ambil kesempatan untuk tanya tip dan ilmu bisnes daripada nana..

Antara soalan yang ditanya kepada nana ialah,

“MACAM MANA NANA STILL BOLEH FOKUS KEPADA BISNES DALAM MASA YANG SAMA JAGA ANAK SENDIRI?”

Isu anak ni sebenarnya memang selalu jadi isu utama pada setiap peniaga yang juga seorang ibu..

Ramai yang selalu rasa, “macam mana nak fokus biz dalam masa yang sama anak still terjaga?”

Ada jugak yang rasa bersalah bila terpaksa fokus bisnes sampai abaikan anak..

So dekat sini nana nak kongsi sedikit tips yang nana sendiri amal dan apply selama ni..

But before tu, nana nak buat satu pengakuan pada semua orang..

Yang sebenarnya, nana pun masih ada masalah yang sama sampai sekarang..

Nana pun masih ada dihantui rasa bersalah bila mana nana terpaksa kadang-kadang tinggalkan anak sekejap, untuk fokus kepada bisnes..

Tapi, apa yang nana pegang dalam minda nana ialah,

“APA YANG AKU BUAT SEKARANG NI SEMUA UNTUK ANAK AKU.. “

Sebab nana lagi percaya, pada satu masa nanti anak akan lagi berterima kasih, kalau kita mampu sediakan apa keperluan dia bila mana dia betul-betul memerlukan..

Cumanya, kita sebagai ibu pun harus ingat, anak-anak masih memerlukan belaian dan kasih sayang daripada kita..

Kalau betul kita hendak berjaya dalam bisnes, dalam masa yang sama anak-anak masih terjaga, maka KITA YANG HARUS BERKORBAN..

So macam mana nak buat?

✅BUAT JADUAL - yang ni sangat penting. Buat jadual bila masa nak fokus bisnes, bila masa nak fokus main dengan anak. Anggapkan diri kita BUKAN SURIRUMAH, tapi WORK AT HOME MOM.. Bermakna kita masih bekerja, cuma bekerja ikut jadual..

✅PANDAI CURI MASA - nak jadi WAHM ni memang wajib pandai curi masa. Jangan leka atau buat benda yang tak berfaedah. Setiap saat tu penting. Kalau kita bijak curi masa, kadang2 sambil menyusu anak pun kita sempat je buat kerja bisnes. Alahai, biz di hujung jari je kan?

✅ABAIKAN JUDGEMENT ORANG - sebenarnya, kalau nak diikutkan tips2 keibu bapaan dekat facebook ni, memang kita akan jadi stress. Memang kita akan jadi down sebab rasa kita bukan ibu bapa yang bagus. Nasihat nana, JANGAN BACA. Bukan tak bagus untuk ambil nasihat orang, kena jugak belajar ilmu keibu bapaan. Tapi setiap keluarga tak sama. So tak perlu judge keluarga orang lain. Situasi setiap orang tak sama, anak-anak pun tak sama. Maka buat cara yang kita rasa terbaik untuk keluarga kita.

✅QUALITY TIME - kalau boleh, adakan satu masa yang kita betul2 fokus kepada anak sahaja. Masa tu, abaikan telefon, dan fokus layan mereka bermain dalam sejam macam tu. Sebenarnya, kalau nak dibandingkan sepanjang hari kita dengan anak, dengan sejam yang kita spend btol2 dengan dia, InshaAllah yg sejam itu yang akan melekat di hati mereka.

✅TINGGALKAN ANAK SEBENTAR - benda ni nana memang amalkan jugak, kalau nak fokus bisnes nana memang akan tinggalkan anak sekejap tapi bukan sepanjang masa. Nana akan masuk office, fokus buat kerja nana.. Waktu tu nana biarkan yaya tengok tv sambil main sorang2, ataupun tinggal dengan suami.. tapi kalau nak tinggal anak sorang2 make sure anak selamat la.. Then fokus buat kerja sejam, lepas tu pergi dekat anak balik..

✅BERKORBAN - pada nana, kalau kata kita hendak berjaya, yang perlu berkorban sebenarnya adalah KITA bukannya anak. Kalau terpaksa, kita lah yang kena korbankan masa tidur kita, masa selesa kita, untuk kita fokus bisnes.. Kalau betul kita taknak ganggu masa dengan anak pada siang hari. Ambil masa lepas anak tidur untuk buat kerja bisnes, buat postings, so nanti siang just post saja..

—�—�—�—�—�—

So ni antara tips yang nana boleh kongsi sebagai seorang WORK AT HOME MOM..

Nana akui, nana sendiri mungkin bukan ibu yang sempurna..

Tapi pada nana, kita manusia biasa yang memang tak akan mungkin mencapai tahap sempurna..

Yang kita mampu buat, buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita buat..

Kerana kita bekerja pun, semuanya untuk ANAK.. Untuk membahagiakan dan menyenangkan anak pada masa depan..

Tapi kena ingat sama lah, jangan sampai abaikan anak kerana bisnes ya..

Pendek kata, semuanya kena BALANCE!

InshaAllah kalau kita betul2 DISIPLIN, JAGA MASA, kita boleh buat InshaAllah..

Feel free to SHARE this post kalau anda rasa post ini bermanfaat 💕

#InspirasiNanaMacarona

Tuesday, November 21, 2017

Saya Bukan Taksub

Ingat tak entry saya pasal eleh! Berlagak lebih dari doktor. Entry itu antara yang mendapat hit yang tinggi.

Saya harap orang pemikiran macam ni dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak perlu bergantung kepada mana2 rawatan sehingga mendapat masalah2 kesihatan yang pelbagai.

Tidakkah anda rasa orang yang taksub dengan perubatan moden ini pemikiran mereka agak sempit dengan ilmu Allah yang Maha Luas ini. Bagi saya, saya tidak pernah menolak akan kelebihan cara pencegahan penyakit dan rawatan yang pelbagai cabang dan jenis. Tapi, saya adalah penggemar produk2 organik. Faham tak kebaikan bahan bahan organik? Kalau nak faham lebih boleh cari saya atau gali sendiri.


Bagi saya ia perlu sesuai dengan keadaan kita. Berapa level kecemasan yang kita alami waktu itu. So, pandai2 sendiri nak cari yang mana. Contoh kalau rasa sakit perut, tak kan awak nak suruh doktor belah terus perut awak yer dak?
Fikirkan...

TIPS WORK AT HOME MOM BERJAYA DALAM BISNES DALAM MASA SAMA ANAK TIDAK TERABAI

Perkongsian Master Nana: Waktu atas cruise haritu, ramai jugak SID yang ambil kesempatan untuk tanya tip dan ilmu bisnes daripada nana.. ...