Monday, November 27, 2017

TIPS WORK AT HOME MOM BERJAYA DALAM BISNES DALAM MASA SAMA ANAK TIDAK TERABAI

Perkongsian Master Nana:

Waktu atas cruise haritu, ramai jugak SID yang ambil kesempatan untuk tanya tip dan ilmu bisnes daripada nana..

Antara soalan yang ditanya kepada nana ialah,

“MACAM MANA NANA STILL BOLEH FOKUS KEPADA BISNES DALAM MASA YANG SAMA JAGA ANAK SENDIRI?”

Isu anak ni sebenarnya memang selalu jadi isu utama pada setiap peniaga yang juga seorang ibu..

Ramai yang selalu rasa, “macam mana nak fokus biz dalam masa yang sama anak still terjaga?”

Ada jugak yang rasa bersalah bila terpaksa fokus bisnes sampai abaikan anak..

So dekat sini nana nak kongsi sedikit tips yang nana sendiri amal dan apply selama ni..

But before tu, nana nak buat satu pengakuan pada semua orang..

Yang sebenarnya, nana pun masih ada masalah yang sama sampai sekarang..

Nana pun masih ada dihantui rasa bersalah bila mana nana terpaksa kadang-kadang tinggalkan anak sekejap, untuk fokus kepada bisnes..

Tapi, apa yang nana pegang dalam minda nana ialah,

“APA YANG AKU BUAT SEKARANG NI SEMUA UNTUK ANAK AKU.. “

Sebab nana lagi percaya, pada satu masa nanti anak akan lagi berterima kasih, kalau kita mampu sediakan apa keperluan dia bila mana dia betul-betul memerlukan..

Cumanya, kita sebagai ibu pun harus ingat, anak-anak masih memerlukan belaian dan kasih sayang daripada kita..

Kalau betul kita hendak berjaya dalam bisnes, dalam masa yang sama anak-anak masih terjaga, maka KITA YANG HARUS BERKORBAN..

So macam mana nak buat?

✅BUAT JADUAL - yang ni sangat penting. Buat jadual bila masa nak fokus bisnes, bila masa nak fokus main dengan anak. Anggapkan diri kita BUKAN SURIRUMAH, tapi WORK AT HOME MOM.. Bermakna kita masih bekerja, cuma bekerja ikut jadual..

✅PANDAI CURI MASA - nak jadi WAHM ni memang wajib pandai curi masa. Jangan leka atau buat benda yang tak berfaedah. Setiap saat tu penting. Kalau kita bijak curi masa, kadang2 sambil menyusu anak pun kita sempat je buat kerja bisnes. Alahai, biz di hujung jari je kan?

✅ABAIKAN JUDGEMENT ORANG - sebenarnya, kalau nak diikutkan tips2 keibu bapaan dekat facebook ni, memang kita akan jadi stress. Memang kita akan jadi down sebab rasa kita bukan ibu bapa yang bagus. Nasihat nana, JANGAN BACA. Bukan tak bagus untuk ambil nasihat orang, kena jugak belajar ilmu keibu bapaan. Tapi setiap keluarga tak sama. So tak perlu judge keluarga orang lain. Situasi setiap orang tak sama, anak-anak pun tak sama. Maka buat cara yang kita rasa terbaik untuk keluarga kita.

✅QUALITY TIME - kalau boleh, adakan satu masa yang kita betul2 fokus kepada anak sahaja. Masa tu, abaikan telefon, dan fokus layan mereka bermain dalam sejam macam tu. Sebenarnya, kalau nak dibandingkan sepanjang hari kita dengan anak, dengan sejam yang kita spend btol2 dengan dia, InshaAllah yg sejam itu yang akan melekat di hati mereka.

✅TINGGALKAN ANAK SEBENTAR - benda ni nana memang amalkan jugak, kalau nak fokus bisnes nana memang akan tinggalkan anak sekejap tapi bukan sepanjang masa. Nana akan masuk office, fokus buat kerja nana.. Waktu tu nana biarkan yaya tengok tv sambil main sorang2, ataupun tinggal dengan suami.. tapi kalau nak tinggal anak sorang2 make sure anak selamat la.. Then fokus buat kerja sejam, lepas tu pergi dekat anak balik..

✅BERKORBAN - pada nana, kalau kata kita hendak berjaya, yang perlu berkorban sebenarnya adalah KITA bukannya anak. Kalau terpaksa, kita lah yang kena korbankan masa tidur kita, masa selesa kita, untuk kita fokus bisnes.. Kalau betul kita taknak ganggu masa dengan anak pada siang hari. Ambil masa lepas anak tidur untuk buat kerja bisnes, buat postings, so nanti siang just post saja..

—�—�—�—�—�—

So ni antara tips yang nana boleh kongsi sebagai seorang WORK AT HOME MOM..

Nana akui, nana sendiri mungkin bukan ibu yang sempurna..

Tapi pada nana, kita manusia biasa yang memang tak akan mungkin mencapai tahap sempurna..

Yang kita mampu buat, buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita buat..

Kerana kita bekerja pun, semuanya untuk ANAK.. Untuk membahagiakan dan menyenangkan anak pada masa depan..

Tapi kena ingat sama lah, jangan sampai abaikan anak kerana bisnes ya..

Pendek kata, semuanya kena BALANCE!

InshaAllah kalau kita betul2 DISIPLIN, JAGA MASA, kita boleh buat InshaAllah..

Feel free to SHARE this post kalau anda rasa post ini bermanfaat 💕

#InspirasiNanaMacarona

Tuesday, November 21, 2017

Saya Bukan Taksub

Ingat tak entry saya pasal eleh! Berlagak lebih dari doktor. Entry itu antara yang mendapat hit yang tinggi.

Saya harap orang pemikiran macam ni dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak perlu bergantung kepada mana2 rawatan sehingga mendapat masalah2 kesihatan yang pelbagai.

Tidakkah anda rasa orang yang taksub dengan perubatan moden ini pemikiran mereka agak sempit dengan ilmu Allah yang Maha Luas ini. Bagi saya, saya tidak pernah menolak akan kelebihan cara pencegahan penyakit dan rawatan yang pelbagai cabang dan jenis. Tapi, saya adalah penggemar produk2 organik. Faham tak kebaikan bahan bahan organik? Kalau nak faham lebih boleh cari saya atau gali sendiri.


Bagi saya ia perlu sesuai dengan keadaan kita. Berapa level kecemasan yang kita alami waktu itu. So, pandai2 sendiri nak cari yang mana. Contoh kalau rasa sakit perut, tak kan awak nak suruh doktor belah terus perut awak yer dak?
Fikirkan...

Friday, April 14, 2017

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN TIDAK RATA



Enfuselle sesuai untuk baiki tekstur kulit dan merawat kulit. Time guna ni, rupanya saya dah pregnant almost sbln. Once dah conceived dengan izin Allah, me a little bit choosy dalam pemilihan skincare. Orang lain pun I guess akan buat benda sama jugak. Takut efek kat tumbesaran janin.
Ala..pencuci muka je pun. Kecoh tak? Tak de maknanya nak berskincare sangat masa2 perut membesar ni. Tak ada mood nak lebih2. Cukup basic jer. 
Saya percaya dan tahu kandungan skincare Shaklee adalah semulajadi dan selamat.

Kemudian, lepas jerawat semua dah malu-malu nak naik, saya tukar pada facial deep cleanser Nutriwhite. Selama mengandung dari awal pakai tu je. Gedabak besor tube nya. Siyes. Setahun baru habis.
Lepas dah berjaya pregnant, saya teruja untuk keep in touch dengan Shaklee lagi sebab saya dengar khabar2 asap, Shaklee ni boleh elakkan alahan yang teruk. So saya teruskan dengan set pregnancy J1 untuk trimester pertama. Time tu belum jadi ejen lagi. 
Sambil2 tu saya ada juga ambil pil homeopathy. So, gilir2 set J1 ni berterusan la sampai saya bosan telan kapsul. Saya tak ambik pun set J2 dan J3 sebab ia lebih kurang sama jer. Add on 1, 2 item yang lain jer. 

.Lepas bersalin, saya ambik pulak item untuk orang berpantang. Bukan semua item la. Malas kan nak telan semua. Bz bertungku lah sangat kan. So far so good untuk luka dalaman. 

Memang saya terpikat dan serasi dengan Shaklee selepas gagal menyelesaikan masalah2 kesihatan dengan produk lain. 
Terutamanya masalah kulit wajah saya yang bermusim.

Sunday, April 9, 2017

KALAU BERAT BERLEBIHAN BOLEH MENGANDUNG KE? KETAHUI CARA MUDAH HAMIL DI SINI...

Assalamualaikum para pembaca yang sentiasa berusaha untuk sihat dan menambah ilmu. Selama berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya pernah bertanya doktor. Kenapa saya gemuk susah nak pregnant, sedangkan orang lain yang lebih gemuk lagi dari saya senang jer...


Jawab doktor: "Kalau gemuk semulajadi tak apa. Allah dah jadikan dia gemuk begitu sejak awal. Badan dia dah semulajadi begitu jadi tidak ada masalah proses untuk mengandung. Berbeza pula dengan orang yang gemuk tiba-tiba. Perubahan tubuh secara tiba-tiba dikhuatiri menganggu ejen persenyawaan." 


Alah, lebih kurang macam tu lah penerangan doktor. So, saya kene lah turunkan berat badan dulu. Baru lah senang nak pregnant.


Lecithin masuk order malam ni. Alhamdulillah. Meh nak story sikit. Kesah gigih nak dapat zuriat pertama. Saya kene turunkan berat badan dulu sebab lepas kawen berat bercambah dengan jayanya tanpa segan silu lagi. Naik dan terus maju memberat. Jadi sebab dah terlalu gigih sangat nak slim dengan cepat saya exercise dengan berjoging sekerap yang mungkin. Dalam masa yang sama saya ambik Lecithin. Tu zaman nak cuba Shaklee kali pertama. .
.
Memang saya dapat rasakan tubuh makin ringan akibat berat semakin berkurang. Syukur sangat. Lepas tu try pulak Set Kesuburan Shaklee. Tu cerita di lain masa pulak.
.
.
Kalau lebih serius nak slim boleh consume Set Kurus Shaklee dengan pelbagai pilihan item mengikut bajet anda. Pilih saja mana yang berkenan. InsyaAllah jika makan dengan disiplin anda akan dapat kesan yang diinginkan.
.
.
.
"From Dr Jackman Lecithin is a food supplement that seems to help some mothers prevent blocked ducts. It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk. It is safe to take, relatively inexpensive, and seems to work in at least some mothers. The dose is 1200 mg four times a day."
.
.
.
Order cepat2 selagi stok masih ada. Selagi harga belum naik. Bulan depan naik dah. Jangan marah saya.


#reduceweight #slim #burnfat#easytoslim #withshaklee #safe#organic #itworks #leeda #tuannorlida#reward #healthy #rich


Apa itu Lecithin?
Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

ANTARA BUKU MOTIVASI YANG PATUT ANDA MILIKI

Bismillahirrohmanirrohim..
Semoga pembaca blog ini berada dalam keadaan tenang dan diberkati Allah hendakNya. Saya betul-betul teruja untuk berkongsi dengan pembaca semua antara buku-buku motivasi yang mkenangkap mata dan perhatian saya. Ketika menonton TV atau disampaikan oleh rakan-rakan, saya akan senaraikan di sini beberapa buah naskah yang perlu kita miliki. 

Antaranya ialah;
Arwah Ahmad Ammar adalah antara buku yang saya dapat habiskan dalam waktu yang singkat dan dapat membaca pada waktu-waktu pelik. Kenapa? Saya bukanlah kaki novel atau gila membaca. Jika saya dapat menghabiskan bacaan sesebuah buku tersebut, pasti ada sesuatu yang aneh di dalam kandungan buku tersebut. Arwah Ahmad Ammar benar-benar mengetuk hati saya tentang dakwah secara senyap dan peribadi mulia. Segunung penghargaan buat ibu bapanya yang berdarah pejuang dan kebajikan.


Buku ini saya tahu dari televisyen. Seorang profesor yang menhasilkan buku ini berdasarkan kisah anak-anak angkatnya dari zero to hero jadinya. Bertuahnya jika dapat menjadi salah seorang anak angkatnya kan!


Siapa yang tidak kenal figura ini. Dia menjejak hidup daripada bawah juga. Impian demi impian disulam menjadi kenyataan.
Meskipun cerita kehidupan yang indah-indah dipaparkan, idola muda ini ternyata menyimpan 1000 duka dan payah dalam dada. Kuatnya jiwa si tubuh kecil ini tidak ramai yang sedar sehingga kita memiliki buku ini. Semoga dapat menjadi pemangkin kepada perubahan hidup para pembaca ke arah yang lebih baik. Amiin.

Saya tidak memiliki semua buku-buku di atas dan dalam perancangan untuk mendapatkan semuanya. Hanya beberapa yang sempat di baca sama ada seluruh isinya dan sebahagiannya adalah review. Andaikata ada buku lain lagi mohon pembaca war-warkan di ruangan komen ya? Saya sangat menghargainya. 

Terima kasih.

"ALAH, BERLAGAK LEBIH PANDAI DARI DOKTOR!"

Mungkin kita pernah terdengar sesiapa cakap macam tajuk kat atas ni kan..Jawapannya mudah saja. Kalau dah sakit berat-berat tu, memang kena jumpa doktor lah. Tapi kalau sakit sikit-sikit atau sebelum apa-apa penyakit melarat, cari lah penyelesaian tanpa dadah atau organik. Bila apa-apa penyakit dah jadi kes doktor, dah pasti kos rawatan pun bukan sedikit betul tak? Tapi sebelum menjadi kes doktor, kita masih mampu untuk melabur demi sebuah kesihatan dengan membeli multivitamin yang mana boleh diambil secara jangka masa panjang. Kesihatan pun terbaiki secara perlahan-lahan. 

Setiap orang mempunyai cara masing-masing untuk menangani kesakitan masing-masing kan? Ada yang percaya dengan ubat moden sahaja. Ada yang memilih cara alternatif lain. Sebagai contoh, jika anak-anak yang masih kecil mengalami demam, semakin ramai ibu-ibu yang memilih cara semulajadi supaya demam kebah dengan cepat. Antaranya ialah dengan cara;

  • garlic socks
  • garlic oil
  • air asam jawa
  • lapkan dengan air campuran ACV
  • rendaman garam epsom
  • air suam lemon 
dan pelbagai lagi demi mengelakkan si kecil minum sebarang jenis ubat.


Biasa orang akan tanya saya, kalau sakit ni nak ambil apa yer? Kalau sakit sekian-sekian nak makan yang mana pulak? OK. Lihat di bawah:

  1. demam - lap badan dengan air campuran basic H, nutriferon
  2. batuk - nutriferon, omega guard
  3. selesema - nutriferon
  4. banyak angin - garlic complex
  5. kencing manis - vivix
  6. athsma - omega guard, vivix
  7. migrain - ostematrix
  8. letih - performance drink, ESP
  9. gastrik - ESP, Pappermint ginger plus
  10. terlalu kurus - ESP, vitalea
  11. darah rendah - vitalea,b complex, ESP
  12. darah tinggi - vivix
  13. kolestrol - phytocol, omega guard, lecithin, garlic complex
  14. rabun - caratomax
  15. kulit kusam - vit c, vit e, GLA complex, nutriwhite
  16. buncit - herblax, omega guard, cinch
  17. cyst - GLA complex
  18. diabetes - vivix
  19. vertiligo - vivix, alfalfa
  20. kurang subur - ESP, GLA complex(isteri), zink, vit e(suami)
  21. untuk rancang keluarga - alfalfa complex
  22. hB rendah - vitalea, ostematrix
  23. simpul biawak - ostematrix
Apa masalah anda? Tulis dalam komen dan saya akan bantu.

Saturday, April 8, 2017

JAWATAN KOSONG

Ini adalah jalan menuju ke arah bebas kewangan atau financial freedom. Sudah ramai yang mencapainya. Sudah ramai jutawan terhasil. Pelbagai rahsia atau resepi kejayaan sudah dibongkar. JUST DO IT.
Be part of my team.

Saya sedang mencari team sales untuk bekerja bersama-sama menjayakan pelan yang sentiasa melalui proses R n D ini. Sesiapa yang berminat untuk menyertai #teamRHR ini sila kemukakan permohonan anda segera. Peluang sentiasa terbuka untuk semua golongan yang inginkan kehidupan membuat kebajikan di samping hidup secara sihat dan bebas kewangan.

0104161161 - Leeda (Mentor)

Kenapa anda perlu memilih #teamRHR ini?


  • Team ini mempunyai leader yang sentiasa dan rajin membuat research untuk memacu pasukan ini menuju kejayaan yang telah dirancang. 
  • Sekiranya ahli pasukan ini tidak mempunyai kemahiran untuk mencari cara dan berusah ACTION. Just DO it. Pelan dan cara sudah tersedia.
  • Jadi, tidak akan ada isu anda malas, tidak berdaya saing mencari penyelesaian atau sebagainya. Ingat. Just DO it.Copy n paste the method to success.
  • Pelbagai tips untuk dilaksanakan oleh team.
Ingat, mulakan langkah dari sekarang. Kita tidak akan maju atau berjaya tanpa langkah pertama.

REWARD
HEALTHY
RICH

TIPS WORK AT HOME MOM BERJAYA DALAM BISNES DALAM MASA SAMA ANAK TIDAK TERABAI

Perkongsian Master Nana: Waktu atas cruise haritu, ramai jugak SID yang ambil kesempatan untuk tanya tip dan ilmu bisnes daripada nana.. ...